Thursday, January 15, 2015

Percutian Ke Beijing Januari 2014 Bersama POTO Travel

Assalamualaikum w.b.t,

Pertamanya, telah setahun percutian ke Beijing ini.
Cumanya sewaktu berkemas-kemas untuk 5S pejabat baru I terperasan buku nota yang I tulis everything about vacation to Beijing last year.
Harap boleh dijadikan panduan kepada semua yang akan ke Beijing, kerana I pon hari tu banyak google untuk dapatkan info sebelum ke sana. Nervous katanya.

Rombongan kami berlepas ke Beijing pada 5/1/2014 dan balik semula ke KL pada 11/1/14 (7 hari).
Pergi balik naik Cathay Pacific dan transut sekejap di Hong Kong.

05.01.14
Berlepas ke Beijing.Tiba lebih kurang 11.00 malam waktu Beijing. Keluar dari airport rasa sejuknya sampai mencucuk tulang. Kami pergi pada musim winter kan. Cepat2 buka beg pakai winter coat.


Berikut adalah beberapa perkara dan tips berdasarkan pengalaman saya yang singkat tu. Hopefully membantu.

Pakaian
-Choose winter jacket/coat yang materialnya down feather (sebab ringan dan lebih mengurangkan haba sejuk) Ini bagi yang pergi musim winter la
-Pakai kasut yang sesuai dan stokin wool ( I pakai sport shoes je)
-Long john *wajib
-Pashmina utk balut tengkuk
-Sarung tangan comel

Keperluan lain
-Vaseline/lotion * penting ye untuk elak kulit pecah. Sapu selalu sebelum kulit tu pecah. Serius sakit bila kulit pecah...
- Makanan. Nasihat i bawa la maggi. Sebab bila balik bilik lapar sgt. Time I hari tu just bawa coklat and serunding jadinya bila malam makan coklat je la.. X kenyang. So I advise bawa la maggi, coklat, 3in1 drink, jajan, roti gardenia dll)
- bawa extra bag. yang jenis boleh lipat2 kecil tu lagi bagus bagi yang nak bershopping. Serius barang dekat Pasar Yanshow murah gila.
-Charger (International port)
-ATM / Credit Card -husband I activekan supaya boleh guna kat Beijing. Alamdulillah sebab kami memang bawa tukaran duit sikit je sebab ingatkan x nak shopping sekali kau!!! haha.. serius barang kat sana best dan murah
-Minyak panas
-Termos * untuk minum sebab kalau pakai botol biasa atau botol mineral memang beku la air tu.
-Botol air mineral kosong- untuk kegunaan toilet.

Makanan
POTO Travel sediakan pakej bersekali dengan makan (breakfast, lunch, dinner)
I boleh masuk je makanan kat sana..Biasanya dihidangkan telur dada, ayam goreng/ ayam sweet sour dll, sekali sekala dapat la makan ikan)

People
Peniaga- mostly peniaga dekat Pasar Yanshow tu boleh berbahasa Melayu / Indonesia mudah.
               Diorang sangat rajin dan senang menyapa. Ada yang kasar dan marah-marahh kalau kita                      tanya dan kemudian x nak beli. I buat bodoh pastu blah je...heheee. Yang garang tu                              kebanyakkannya dekat Silk Store Market.

Pengangkutan Awam
kat Beijing ada 2 jenis bas. Bas elektronik dan biasa. Bas-bas ni memang banyak. Tambang pun murah. 1 yuan sekali naik. 1 yuan waktu tu bersamaan 50 sen.
Yang ini rasanya patut diimplementasikan di Malaysia sebab seronok sangat bila tengok pengangkutan awam dia yang tersusun macam tu. 5 thums up!!
Ada juga subway dekat Beijing ni. Station subway ni cantik sangat. First time ingatkan bangunan bersejarah Cina rupanya stesen Subway.

Surrounding
-Bersih. Tidak yang saya fikirkan sebelum pergi dulu. Tak ada pon orang kencing merata-rata. Most toilet yang kami pergi semua memuaskan kecuali x ada air aje la. Haa yang tu korang kena standby botol air mineral kosong.
-Sometime bila di Malaysia, rasanya toilet di Malaysia lagi menakutkan.
-Masjid. Masjid dekat sana best wooo....
Dekat masjid sana sentiasa ada orang jaga dan diorang sangat mesra. Mereka ni sangat menghormati masjid dan mengalu-alukan kedatangan kami.

Shopping
-Aktiviti paling best ada la shopping di Pasar Yanshow...hahaha
Tapi tour guide kami ni bawa bila last2 day kat sana. Geram juga, sebab bila kami cakap nak beli barang je mesti dia bawa kawan dia datang hotel untuk jual barang pada kami pastu sibuk cakap bahaya la beli kat Yanshow Market...bla2. Siap buat muka lagi.
Bila kami pergi ok je dan harga lagi murah dari harga yang kawan dia jual. Kat Yanshow ni kena pandai tawar-menawar. Letak harga paling rendah kalau korang betul2 nak beli barang tu taw.
* So tips nya simpan duit untuk shopping di Yanshow Market. Toksah la beli dekat tempat lain..mengarut aje...sebab nanti last day bila tour guide bawa korang ke Yanshaow Market korang akan dapati barang yang sama dijual dengan harga yang jauh lebih murah.


Barang Yang Berbaloi Dibeli
-Handbag
- Barang 2 Leather
-Comforter Patchwork
-Troley bag
-Comforter patchwork
-Pearl/ Jade Accessories - jangan beli di tempat yang tour guide tu bawa (Governmant Store-Pearl Store / Jade Store). Mahal.

* Yang lain-lain tu pandai2 la korang. Sebab macam Silk rasanya pattern x cantik pun, cantik lagi sutera terengganu. Baju-baju kat sana pon biasa je.


Goveernmat Store
Kalau menggunakan khidmat tour guide diorang wajib bawa kitra ke Government Store yang jual barang2 jade, pearl, tea dan macam2.
- Korang just ddengar dan ambil ilmu je la.
-Tak payah la beria nak beli simpan je duit tu untuk belanja dekat Yanshow Market.


Ok sekian, semoga apa yang dikongsi dapat membantu anda. Enjoy Beijing!

Wednesday, June 18, 2014

Sajak hari ini

Hari-hari kena belajar...
Hari-hari kena kena fikir..
Masalah sendiri, masalah orang...
Atau sebenarnya tak ada masalah pon...
Saja nak isikan masa terluang
dan supaya nampak penting bila bergebang...

Pura-pura..
Macam kura-kura ke...
Pura-pura..
X seronok pon,

Belajar..
Jadi diri-sendiri..
Keputusan sendiri..
Berdiri sendiri...
Peduli kata orang...
Agar sendiri diri x tumbang.

Thursday, March 27, 2014

Kaedah untuk Filter/QUERY di EXCELL

Saya mengalami masalah hendak membuat carian di data excell, contohnya dalam row ategori aduan saya cuma inginkan aduan berkaitan banjir sahaja. Jadi di sini saya kongsikan bersama kaedah yang saya gunakan:-

Sort & Filter - Text Filter - click pada arrow - Contains - *banjir*


Ok dah dapat data berkaitan banjir
Next, saya copy ke Sheet baru untuk data banjir tersebut. Extract data

Control A -  copy - paste - sheet2

Ok, done.

Sunday, March 10, 2013

Sebelum Sabar itu Usaha (Transfer dunia kali ke-2)

Orang yang kuat itu adalah orang yang mampu bersabar.

Man Shabara Shafira- sesiapa yang bersabar dialah yang akan beruntung.

Aku memegang kalimat itu.
Namun caraku salah.
Aku memaksa diri dan perasaan untuk bersabar namun ianya adalah sesuatu yang mencengkam perasaan, menuntut kekuatan.
Dan ternyata aku tidak mampu.

Terkurung dalam keadaan, terpenjara dengan rasa
Aku menangis tersedu,
Esok bagai kelam untukku,
Sentiasa mengharap agar waktu cepat berlalu
Aku ditekan oleh manusia dan situasi

Suami menyedarkan aku,
Aku tidak lagi perlu sabar dengan keadaan,
Aku perlu berusaha merubah,
Keluar dari sikap pasrah,
Berusaha selagi mampu,
Hidup ditentukan oleh diri sendiri,
Tidak guna menjeruk perasaan
Kerana tiada yang akan merubah sesuatu kecuali diri sendiri
Merubah itu tidak payah jika ia datang dari diri

Aku keluar dari rasa bersabar ini,
Berusaha untuk mencari satu rasa yang kucari
Jalannya tidak mudah
Itu aku pasti
Perlu usaha dan disusuli sabar selepasnya.

*Alhamdulillah aku lebih bahagia begini.
Allah yang aku cari, dunia hanyalah mimpi.

Thursday, February 28, 2013

Sasaran Umur 30 tahun

Sekarang umur aku 29 tahun, masuk tahun depan 30 tahun.
Rancangan nak dapat baby before umur 30 tahun, tapi setakat ini Allah masih belum kurniakan rezeki.
Mungkin sebab aku selalu doa nak dapat anak yang soleh jadi Allah nak aku prepare aku jadi ibu yang solehah dulu.
In term of kerjaya, Alhamdulillah aku dah ada kerja yang bagus dan baik. Namun hati aku x gembira sangat dengan kerja makan gaji ni. Rasa kurang kepuasan. Aku cadang nak cari peluang untuk buka bisnes sendiri so segala afford boleh aku curahkan untuk sesuatu yang aku suka nak buat. Bukan sesuatu yang orang suka suruh aku buat. X selamanya aku SYMP aje kan.
Wish me luck. Moga tahun ni banyak keberkatan untuk aku sama ada dari aspek kehidupan dan kerjaya juga aspek dunia dan akhirat.
Doakan aku ye..
 Thanks.

                                     
                                     source image: google

Sunday, January 6, 2013

petua hilangkan ketuat

Sapa yang pernah kena ketuat. biasa muncul.dekat area kaki dan jari.  bila ketuat ni timbul memang susah.nak.buang..ada yg ketip dengan pengetip kuku tapi lepas tu naik balik, sapu ubat bertahun2 tp x hilang2juga. saya pernah rasa kena.ketuat kat kakidan tangan, yang paling tekanan bila na kawen ketuat kat tgn tu..kononnya bila taruk inai x nampak la kununnn..rupanya maki. jelas la pulakk...

akhirnya petua dari mak saya aplikasikan. iaitu gunakan getah betik. amik getah betik dan sapu kt ketuat tu.alhamdulillah x sampai sebulan hilang. x percaya cubalah

Wednesday, December 19, 2012

library dalam hatiku

saya sangat suka baca buku,majalah or komik tapi x nak beli. bukan hanya sebab nak jimat duit tapi rasa rugi bila baca sekali nk buang. nak simpan buat makan ruang aje. so alternatifnya jadilah ulat library. since sekolah library mmg tmpt lepak sampailah sekarang.pon.

from my point of view, mostly yg dtg adalah bdk sekolah n yg dewasa mostly yg selekeh..klu.pakcik n abg2  tu nmpk mcm pekerja2 rendah aje.
isinya disini kita x blh assume org yg kita nmpk biasa or cm pekerja rendah tu sukakan ilmu..malahan mereka lebih dahagakan ilmu cuma nasib x menyebelahi dlm hidup dunia. tapi ilmu manusia siapa lah yg dpt mendugakan.