Wednesday, May 25, 2011

Hari-hari sibuk

Saya tahu kerja saya banyak dan amanah saya berat.
Jadinyer saya akan cuba laksanakannya sebaik mungkin.

Dulu orang tanya nak jd apa, sebab x tahu nak jawab apa dan x de cita-cita nak jadai apa-apa, macam-macam jawapan lar yang diberikan. But one of the answer is nak jadi bos. Hah ngko, skg walaupun x sebesar mana tapinya orang panggil jg ko cik/pn and adalah staff bawahan. Skg rasalah, susah rupanya nak jadi pemimpin ni.

Yup susah. tau macam mana susahnya?

Kursus yang saya pergi sebelum ni antaranya diberikan cabaran SiBisu dan Si Buta.
X paham la apa motifnya kann..Memang time tu terpikir2 jgk.

Si buta akan diikat matanya dan si bisu akan menjaga kawannya si buta ni. Yang mencabarnya, si bisu perlu membawa si buta ni meredah hutan. Yg x tahan tu, kat hutan tu ada pokok yang berduri and tebing utk jalan sikit je, klu jatuh mmg arwah.

First saya jd si buta, member saya yang pandu saya utk berjalan, saya ikut je arahannya, dia bisu so ikut je la pegangan tangan nya, klu dia tepuk kaki kiri sekali cam soh slow la, klu dua kali tok benti and sbginya. time tu pandai2 ko lah, takut tp ikut je la kan. dah tutup mata apa nak nampak.

Then tukar posisi, perghh time tu bila tgk dah sampai kat mana,  gerunnya, tp coz kami x leh ckp pandang aje lah.

Bila turn saya jadi si bisu yang membawa si buta barulah tahu betapa susahnya. Kita nak menjaga dia supaya x terkena duri, x jatuh dsb. klu nampak bahaya kita dulu akan tahan sebab kita tahu kawan kita x nampak dan kita ni menjaga dia.

Macam-macam ragam, yang lelaki siap ada dukung kawan dia tu.

Settle semua, leganya. Antara si buta dan si bisu lebih teruk jadi si bisu yang bawa kawan ni.
itulah simbolik antara pemimpin dan bawahan. Bawahan perlu ikut arahan ketua,kerana ketua lebih nampak an ketua mempunyai amanah yang berat utk membawa bawahannya agar selamat kerana bawahannya x npk spt apa yg dia npk. Perlu ada kerjasama dan perasaan amanah, sayang-menyayangi dan memerlukan.

~Hanya mereka yang buka matahatinya sahaja yang mengerti.~

No comments:

Post a Comment