Saturday, February 4, 2012

teruskan hidup!

Ada kejadian-kejadian yang membuatkan saya hilang semangat dan sedih lately. Susah juga, sebab kepala naik semak dengan pelbagai hal. Pekerjaan yang melibatkan dengan orang politik ini memang lah...... Anyway rewards juga pada diri saya sendiri kerana dalam beberapa situasi masih dapat berfikir secara logik akan tindakan yang boleh / tidak boleh diambil. Ada baiknya jugalah dengar tip2 motivasi pagi kat radio IKIM tu...sekurang-kurangnya ada tip yang dapat dipraktikkan.

Ok lah, kat bawah ini ada sedikit catatan kaedah mengawal marah yang diambil dari website ini http://www.darulnuman.com sebagai panduan dalam hidup. Anyway, life goes on...so think ahead.


Mengawal Marah

Menurut Abullaits Assamarqandi dalam bukunya "Tanbihul Ghafilin" bahawa diantara manusia itu ada orang yang lekas marah tetapi juga lekas redanya maka ini seimbang. Adapula orang yang lambat marahnya dan lambat pula redanya, ini juga seimbang. Sebaik-baik kamu lambat marah dan cepat redanya dan sejahat-jahat kamu yang cepat marahnya dan lambat redanya.
Dalam hadis Rasulullah SAW banyak diterangkan tentang cara mengatasi sifat marah ini. Diantaranya Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Marah itu bara api maka siapa yang merasakan demikian, jika ia sedang berdiri maka hendaklah duduk, dan bila sedang duduk hendaklah bersandar atau berbaring". 
Dalam keterangan lain juga disebutkan jika kita dalam keadaan marah maka syaitan telah meniup api kemarahnnya, untuk meredakannya maka berwuduklah, dengan cara itu api kemarahan akan terpadam.
Kemarahan itu menyebabkan hubungan kita dengan orang lain menjadi terjejas, oleh sebab itu bukakan hati kita agar segera memaafkan orang tersebut, dengan sendirinya kita telah mampu mengawal kemarahan kita daripada terus merebak. Dari Abu Umamah Albahili berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Siapa yang dapat menahan marah padahal dia dapat untuk memuaskan kemarahannya, namun ia tidak menurutinya bahkan ia bersabar maka Allah SWT mengisi hatinya dengan keredhaan di hari kiamat".
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 Insya Allah saya akan teruskan hidup dengan baik-baik, saya lupakan yang lepas, x mahu simpan kekusutan itu lagi dan terus pandang kehadapan. Ada perkara yang di luar keupayaan saya, saya serahkan pada Allah swt, andai kata saya dimarah lagi saya maafkan kamu dan moga kamu diberi petunjuk Allah. Cukuplah keluarga yang menyayangi dan hidup yang bahagia...Saya tidak akan peduli kamu lagi, mahu apa kamu terpulanglah saya akan kata ok sahaja selepas ini. 

Sekian, Selawat kepada Nabi Junjungan sempena Maulidur Rasul esok. :)

senyum boss...jgn marah saya