Showing posts with label life. Show all posts
Showing posts with label life. Show all posts

Sunday, April 22, 2012

ZIA?

ZIA adalah Zon Industri Akuakultur.

Maklumat selebihnya adalah seperti di bawah. (sumber :Jabatan Perikanan)


Program Zon Industri Akuakultur (ZIA) merupakan program pengezonan kawasan tanah dan perairan yang dikenalpasti sesuai untuk dibangunkan dengan projek akuakultur berskala komersial sebagai salah satu strategi untuk meningkatkan pengeluaran ikan, udang dan kerang-kerangan yang ditetapkan di bawah Dasar Pertanian Negara ke Tiga (DPN3). ZIA adalah kawasan yang mendapat kelulusan dari Kerajaan Negeri melalui Mesyuarat Majlis Kerajaan(MMK).

OBJEKTIF
  • Membolehkan industri membangun secara
    sistematik.
  • Mewujudkan kawasan khas untuk zon industri
    akuakultur.
  • Meningkatkan pengeluaran ikan selari dangan
    matlamatPlan Imbangan Dagangan (BOT).
  • Meningkatkan pengelibatan sektor swasta dengan Kerajaan menyediakan
    kawasan ZIA dan kemudahan infrastruktur.


Saturday, February 4, 2012

teruskan hidup!

Ada kejadian-kejadian yang membuatkan saya hilang semangat dan sedih lately. Susah juga, sebab kepala naik semak dengan pelbagai hal. Pekerjaan yang melibatkan dengan orang politik ini memang lah...... Anyway rewards juga pada diri saya sendiri kerana dalam beberapa situasi masih dapat berfikir secara logik akan tindakan yang boleh / tidak boleh diambil. Ada baiknya jugalah dengar tip2 motivasi pagi kat radio IKIM tu...sekurang-kurangnya ada tip yang dapat dipraktikkan.

Ok lah, kat bawah ini ada sedikit catatan kaedah mengawal marah yang diambil dari website ini http://www.darulnuman.com sebagai panduan dalam hidup. Anyway, life goes on...so think ahead.


Mengawal Marah

Menurut Abullaits Assamarqandi dalam bukunya "Tanbihul Ghafilin" bahawa diantara manusia itu ada orang yang lekas marah tetapi juga lekas redanya maka ini seimbang. Adapula orang yang lambat marahnya dan lambat pula redanya, ini juga seimbang. Sebaik-baik kamu lambat marah dan cepat redanya dan sejahat-jahat kamu yang cepat marahnya dan lambat redanya.
Dalam hadis Rasulullah SAW banyak diterangkan tentang cara mengatasi sifat marah ini. Diantaranya Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Marah itu bara api maka siapa yang merasakan demikian, jika ia sedang berdiri maka hendaklah duduk, dan bila sedang duduk hendaklah bersandar atau berbaring". 
Dalam keterangan lain juga disebutkan jika kita dalam keadaan marah maka syaitan telah meniup api kemarahnnya, untuk meredakannya maka berwuduklah, dengan cara itu api kemarahan akan terpadam.
Kemarahan itu menyebabkan hubungan kita dengan orang lain menjadi terjejas, oleh sebab itu bukakan hati kita agar segera memaafkan orang tersebut, dengan sendirinya kita telah mampu mengawal kemarahan kita daripada terus merebak. Dari Abu Umamah Albahili berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Siapa yang dapat menahan marah padahal dia dapat untuk memuaskan kemarahannya, namun ia tidak menurutinya bahkan ia bersabar maka Allah SWT mengisi hatinya dengan keredhaan di hari kiamat".
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 Insya Allah saya akan teruskan hidup dengan baik-baik, saya lupakan yang lepas, x mahu simpan kekusutan itu lagi dan terus pandang kehadapan. Ada perkara yang di luar keupayaan saya, saya serahkan pada Allah swt, andai kata saya dimarah lagi saya maafkan kamu dan moga kamu diberi petunjuk Allah. Cukuplah keluarga yang menyayangi dan hidup yang bahagia...Saya tidak akan peduli kamu lagi, mahu apa kamu terpulanglah saya akan kata ok sahaja selepas ini. 

Sekian, Selawat kepada Nabi Junjungan sempena Maulidur Rasul esok. :)

senyum boss...jgn marah saya 

Wednesday, August 3, 2011

Hari Perkahwinan

Hari perkahwinan semakin hampir, kira-kira sebulan beberapa minggu je lagi.
 Persiapan....heee..
Sekadar kemampuan tenaga dan fikiran.

hee sesiapa pun teringin yang terbaik, tapi sampai saat ini saya sendiri tak dapat menggambarkan majlis itu nanti. Walaubagaimanapun, doakan supaya majlis berjalan lancar dan semua pulang dengan hati senang.

Amin.

Wednesday, May 25, 2011

Hari-hari sibuk

Saya tahu kerja saya banyak dan amanah saya berat.
Jadinyer saya akan cuba laksanakannya sebaik mungkin.

Dulu orang tanya nak jd apa, sebab x tahu nak jawab apa dan x de cita-cita nak jadai apa-apa, macam-macam jawapan lar yang diberikan. But one of the answer is nak jadi bos. Hah ngko, skg walaupun x sebesar mana tapinya orang panggil jg ko cik/pn and adalah staff bawahan. Skg rasalah, susah rupanya nak jadi pemimpin ni.

Yup susah. tau macam mana susahnya?

Kursus yang saya pergi sebelum ni antaranya diberikan cabaran SiBisu dan Si Buta.
X paham la apa motifnya kann..Memang time tu terpikir2 jgk.

Si buta akan diikat matanya dan si bisu akan menjaga kawannya si buta ni. Yang mencabarnya, si bisu perlu membawa si buta ni meredah hutan. Yg x tahan tu, kat hutan tu ada pokok yang berduri and tebing utk jalan sikit je, klu jatuh mmg arwah.

First saya jd si buta, member saya yang pandu saya utk berjalan, saya ikut je arahannya, dia bisu so ikut je la pegangan tangan nya, klu dia tepuk kaki kiri sekali cam soh slow la, klu dua kali tok benti and sbginya. time tu pandai2 ko lah, takut tp ikut je la kan. dah tutup mata apa nak nampak.

Then tukar posisi, perghh time tu bila tgk dah sampai kat mana,  gerunnya, tp coz kami x leh ckp pandang aje lah.

Bila turn saya jadi si bisu yang membawa si buta barulah tahu betapa susahnya. Kita nak menjaga dia supaya x terkena duri, x jatuh dsb. klu nampak bahaya kita dulu akan tahan sebab kita tahu kawan kita x nampak dan kita ni menjaga dia.

Macam-macam ragam, yang lelaki siap ada dukung kawan dia tu.

Settle semua, leganya. Antara si buta dan si bisu lebih teruk jadi si bisu yang bawa kawan ni.
itulah simbolik antara pemimpin dan bawahan. Bawahan perlu ikut arahan ketua,kerana ketua lebih nampak an ketua mempunyai amanah yang berat utk membawa bawahannya agar selamat kerana bawahannya x npk spt apa yg dia npk. Perlu ada kerjasama dan perasaan amanah, sayang-menyayangi dan memerlukan.

~Hanya mereka yang buka matahatinya sahaja yang mengerti.~

Tuesday, May 17, 2011

The Pressure

I lost my spirit
I hope and pray for the happier future
but now, i must be strong
not for myself but for the people i love.


Friday, April 15, 2011

saya nak cuti dan berehat

Seriously teringin weekend yang x diganggu.
Tp sok dah kn kije, jd usherer jek tp dari pagi till petang. Isnin keje balik.
Aduyaiii.

So what i want to do today....
1. plan nak g bridal,tgk blk baju kawin. Tp x jadi la... anyhow kn g jgk coz en abang nak beli kain wat baju dia.
hmmm... betul ke ye bridal pilihan ni.peningnyer nak cari pastu nak pilih pulak... dapat bridal yg ok baju plk x lawa. Anyhow doa dan bertawakkal la semoga majlis berjalan lancar.
2. Nak g jogging kat bkt klebang tp hujan la pulak. Doakan yer ptg ni hujan stop.
3. malam ni kena gi ngaji.
4.  so ptg ni tido kejap..then prepare baju tok g kije esok.

Sunday, January 9, 2011

My SKT

SKT 2011 saya:

1. Januari

  • hafal doa solat dhuha
  • tunaikan solat dhuha except mmg x dapat
  • start mengaji -tajwid
  • tido mlm slps pkl 11.00 dan sebelum tidor plan utk esok
  • tambah berat 41kg