Monday, July 30, 2012

Belajar untuk Redha

Banyak perkara yang kita inginkan dalam hidup ini, dan kita bermohon agar dikurniakan oleh Allah keinginan kita itu. Namun apabila kita mendapatnya, barulah kita sedar bahawa ia tidak seperti yang kita angankan.

Belajar dari kehidupan, kita akan penat jika sentiasa mengejarkan keinginan.

Belajarlah untuk menerima ketentuan Allah, kerana sesungguhnya Dia Maha Mengetahui yang terbaik untuk hambaNya. Sentiasa berdoa meminta dan bersyukurlah atas kurniaanya.

Terima kasih Ya Allah kerana memberikanku kehidupan.