Sunday, March 18, 2012

Kelas Bimbingan Kepada Golongan Miskin

Ramai antara kita mengeluh tidak cukup duit dan susah. Ramai yang tidak malu mengaku miskin demi mendapatkan bantuan walaupun dalam masa yang sama suka berlagak kaya.

Antara beberapa input yang boleh diberi untuk diri sendiri hasil daripada program kelas bimbingan yang diadakan tadi;
1.   Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima. Betulkan stigma anda! Untuk menjadi yang memberi tidak semestinya anda kaya. Ambillah pendekatan untuk membayar zakat dalam sepanjang hidup kita, walaupun pendapatan kita kecil , kerana dalam setiap rezeki yang kita terima ada bahagian untuk orang lain. Cara mudah untuk anda melaksanakannya adalah.....bagi setiap pendapatan yang kita terima 0.025 adalah untuk disedekahkan. Contohnya bagi setiap RM10.00 rezeki yang kita terima 25sen kita sedekahkan. Syaratnya jangan tunggu duit terhimpun baru nak dikeluarkan, tapi bila sedikit2lah dikeluarkan terus sedekah itu.
Semoga rezeki kita diberkati dan dilimpahkan lagi rezeki yang berlipat ganda dariNya.

2. Sentiasa ada akaun jika berniaga dan konsisten. Jangan Lupa jujur dan amanah dalam penyediaannya.

3. Sentiasa rajin dan berusaha menggunakan sepenuhnya bantuana, ruang dan peluang yang diberikan dan yang ada.Jangan mensia-siakannya.

4. Jangan banyak angan-angan. Jangan kira apa yang didepan mata sekiranya belum tentu menjadi milik kita.

5. Berani dan mahu berubah. Nasib kita dan generasi seterusnya terletak pada usaha kita. Tiada siapa yang akan mengubahnya kecuali kita sendiri.

6. Hargai nikmat kesihatan. Nikmat yang lebih baik  daripada kekayaan adalah kesihatan, syukurinya dengan cara menggunakan dengan sebaiknya.

Itu sahaja utuk perkongsian hari. Syukur Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan dimudahkan olehNya.