Sunday, March 10, 2013

Sebelum Sabar itu Usaha (Transfer dunia kali ke-2)

Orang yang kuat itu adalah orang yang mampu bersabar.

Man Shabara Shafira- sesiapa yang bersabar dialah yang akan beruntung.

Aku memegang kalimat itu.
Namun caraku salah.
Aku memaksa diri dan perasaan untuk bersabar namun ianya adalah sesuatu yang mencengkam perasaan, menuntut kekuatan.
Dan ternyata aku tidak mampu.

Terkurung dalam keadaan, terpenjara dengan rasa
Aku menangis tersedu,
Esok bagai kelam untukku,
Sentiasa mengharap agar waktu cepat berlalu
Aku ditekan oleh manusia dan situasi

Suami menyedarkan aku,
Aku tidak lagi perlu sabar dengan keadaan,
Aku perlu berusaha merubah,
Keluar dari sikap pasrah,
Berusaha selagi mampu,
Hidup ditentukan oleh diri sendiri,
Tidak guna menjeruk perasaan
Kerana tiada yang akan merubah sesuatu kecuali diri sendiri
Merubah itu tidak payah jika ia datang dari diri

Aku keluar dari rasa bersabar ini,
Berusaha untuk mencari satu rasa yang kucari
Jalannya tidak mudah
Itu aku pasti
Perlu usaha dan disusuli sabar selepasnya.

*Alhamdulillah aku lebih bahagia begini.
Allah yang aku cari, dunia hanyalah mimpi.