Monday, August 27, 2012

waktu subur wanita


Waktu subur wanita


Penting untuk setiap pasangan suami isteri itu tahu bilakah waktu subur si isteri(sebab lelaki memang sentiasa subur tetapi wanita subur hanya sekali dalam satu kitaran), pertamanya untuk mengelakkan kehamilan bagi mereka yang belum bersedia untuk hamil, kedua untuk memudahkan kehamilan bagi mereka yang mahukan zuriat dan ketiganya kerana hari subur itu adalah hari yang paling berahi untuk wanita.

Kitaran haid bagi wanita normal berlaku setiap bulan dengan purata antara 28-30hari. Satu kitaran kita kira bermula dari hari pertama haid bermula hinggalah hari terakhir sebelum haid kitaran seterusnya datang. Contohnya kalau seseorang tu mula didatangi haid pada 3januari dan haid berhenti pada 7januari, kemudiannya haidnya datang balik pada 1februari makanya kitaran haid dia adalah selama 29hari...

Waktu subur adalah lebih kurang 14hari sebelum hari pertama haid kitaran seterusnya datang. Jadi, untuk tentukan waktu subur ni kena laa tolak kitaran haid dengan 14hari. Kalau kitaran haid 28hari, 28 - 14 = 14, makanya waktu suburnya ialah pada hari ke-14. Katakanlah kitaran haid 32hari, 32 - 14 = 18, maknanya hari ke-18 tu adalah hari suburnya. Mengira waktu subur bagi wanita yang kitaran haidnya sekata setiap bulan adalah mudah, tapi bagi yang kitaran haid tak menentu, ada cara lain yang boleh dipraktikkan untuk mengetahui atau mengesan waktu suburnya...

1. Terdapat lendiran cecair yang jernih keluar dari kemaluan.
2. Suhu badan yang meningkat sedikit dari kebiasaan.
3, LH ovulation predictor test kit.

Apakah yang dikatakan dengan waktu subur ini?
Waktu subur ialah waktu dimana proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur(ovum) akan dikeluarkan oleh ovari disebabkan oleh peningkatan hormon LH(luteinizing hormone). Jika telur ini berjaya disenyawakan makanya proses kehamilan akan menyusul...

Pun begitu, ovum mempunyai jangka hayat yang sangat singkat, sekitar 36-48jam sahaja. Namun, jangka masa sesuai untuk persenyawaan adalah dalam tempoh 24jam selepas telur dikeluarkan dan ia perlu berlaku ketika telur bergerak dalam salur fallopian. Kerana itu kebarangkalian untuk hamil adalah agak terhad. Tetapi sperma diberi kelebihan dengan mampu hidup sehingga 7hari selepas air mani dipancutkan dalam faraj wanita. Sperma jugak dihasilkan dalam jumlah yang berjuta2 setiap hari. Makanya seandainya suami dan isteri itu bersama beberapa hari sebelum waktu subur sekalipun, peluang untuk hamil itu tetap ada kerana masih ada kemungkinan ovum disenyawakan oleh sperma yang masih hidup...

Oleh itu, bagi pasangan yang inginkan zuriat, mereka boleh bersama setiap malam(siang pun no hal, haha). Ataupun selang sehari pada hari ke-10, 12, 14, 16, 18 dan 20, untuk kes kitaran haid si isteri yang tak stabil. Perlu diingatkan bahawa walaupun pada waktu subur hubungan suami isteri itu bukan setakat melepaskan air mani semata2 dan mengharapkan sperma bertemu ovum untuk disenyawakan. Untuk memaksimakan lagi peluang kehamilan, pasangan suami isteri itu perlu kepada berahi yang tinggi, dengan keberahian itulah akan meningkatkan kepuasan dan masing2 mencapai klimak atau orgasm yang tinggi kerana keberahian ini akan memastikan air mani dengan sperma yang terbaik akan dihasilkan, sekaligus membuatkan faraj dan rahim menarik masuk air mani dan sperma dengan denyutan2 yang mempercepatkan sperma untuk sampai ke sasarannya...

sumber dari : http://ourlovestory-7777.blogspot.com

Sunday, August 26, 2012

perubahan hidup

tahun demi tahun ada  je perubahan dlm hidup. syukur alhamdulillah Allah memakbulkan banyak dari permintaan kita kepadanya.
aku terlalu banyak meminta tapi kurang bersyukur atas nikmat yg dikecapi. lupa bahawa apa yang ada perlu dilepaskan untuk dapatkan sesuatu yg baru. Ya Allah betapa lemahnya perancangan hambaMu ini.

Thursday, August 9, 2012

Perubahan Kehidupan

Dari kampung ke Kota KL.
Dari jaga orang kampung menjaga KL.
Dari banyak bermesyuarat kena menghadap fail.

Sungguh hidup berubah.